SOP Pembajaan Pokok Durian Berusia 1 Tahun

Ramai yang tanya saya, lepas tanam durian ni perlu buat apa? Mestilah kena letak baja subur barulah tumbuh cepat!

Lepas tu dorang tanya lagi, nak guna baja apa? Sukatan berapa? Kekerapan berapa kali baja dalam setahun?

Saya selalu sarankan, untuk durian yang baru tanam hingga three tahun, pembajaan perlulah dibuat sekali dalam setiap three bulan.

Artikel malam ini saya cuma kongsikan SOP pembajaan pokok durian yang berusia sekitar 9 bulan keatas ya.

Mula-mula gemburkan tanah, berhati-hati ketika mencangkul, kerana pokok durian boleh mati jika akar terputus, usia pokok dalam % adalah sekitar nine bulan

buat parit sekitar 60-80 sentimeter untuk meletakkan baja, elakkan meletak baja di pangkal pokok kerana ia boleh memnyebabkan pokok mati kepanasan.

Untuk pokok sebegini, baja yang digunakan lebih kurang 500gram atau setengah kilogram, gunakan jenis baja NPK 15.15.15 untuk pertumbuhan yang maksima

Jika tanah terlalu lembap, puradan perlu ditabur untuk membunuh hama atau serangga yang boleh menyerang akar pokok durian.

Akhir sekali, selepas menabur baja dan puradan, tutup atau timbus baja dan puradan tadi dengan tanah supaya tidak terhakis apabila berlaku hujan lebat.

Sila tonton video dibawah untuk penerangan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!

Kredit Video: Hobi Tanam

Penulis: Donny ien (Fb) pastikan follow untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BAJA SUBUR,DURIAN