Tak Perlu Jumpa Doktor! Amalkan Resepi Air Rebusan Bawang Putih Ikhtiar Anak Demam. Orang Dewasa Pun Boleh!

Dalam keadaan sekarang apabila anak demam memang ibu bapa akan susah hati. Yang merisaukan jika demam itu berulang dan menyebabkan suhu yang agak tinggi apabila waktu awal pagi.

Kadang-kala ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengambil tempoh yang lama untuk berkesan, jadi bertambahlah risau ibu-ibu yang biasanya menjaga anaak sepanjang mereka sakit. Bila anak demam berpanjangan, mama dan papa tentu tak keruan. Lebih-lebih apabila suhu naik mencanak sebelum tiba waktu makan ubat seterusnya.

Selain ubat-ubatan, banyak petua yang dicuba dengan harapan sakit anak segera sembuh.

Petua Alternatif Untuk Sembuhkan Anak Demam

Anda juga boleh juga cuba ramuan tradisi seperti yang dikongsi oleh Puan Farid Farida di  grup Masak Apa Hari Ini. Menurutnya, air rebusan ini sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas dan orang dewasa.

Katanya,  anak-anak batuk sudah masuk minggu ketiga. Demam kemudian kebah. Demam lagi sehingga perlu ke unit Kecemasan sebanyak dua kali pergi kerana suhu badan yang terlalu tinggi.

Bermacam antibiotik dan remedi lain dah buat tapii masih belum rezeki untuk sihat lagi. Akhirnya dia memperoleh remedi ini daripada sorang wanita berbangsa Cina yang kasihankan anak lelakinya yang ketika itu batuk tidak henti-henti.

Bahan-bahan

  • 7 atau 9 ulas bawang putih
  • 1 1/2 cawan air
  • 4-5 biji gula batu

Cara-cara penyediaan

  • Rebus semua sehingga jadi suku cawan menggunakan api yang paling perlahan.
  • Minum semasa ia masih suam-suam.
  • Amalkan sebanyak tiga kali sehari.

Jika anda suka dengan artikel petua sembuhkan anak demam ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buaat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih - Petuaibu.Com

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
PETUA