10 CARA MENGHALAU BABI DARIPADA MEROSAKKAN TANAMAN
Babi ialah makhluk perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya.
Babi mempunyai hidung yang mancung dan sangat cekap menghidu mangsa seperti cacing, mau senapang dan kehadiran manusia.
Selain itu telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anjing dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala matanya mampu melihat sesuatu ancaman, babi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti.
Terdapat pelbagai kaedah untuk memghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini.
Berikut adalah cara-cara menghalau babi dari merosakkan tanaman, mungkin ramai yang belum tahu.. Mari saya kongsikan...
1. Patung harimau
Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering diserang, babi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.
2. Air kencing harimau
Caranya letakkan kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran babi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar
3. Rambut manusia
Rambut yang dipotong halus-halus, apabila masuk dalam kerongkong, babi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi, ada yang cakap cara ini lebih berkesan.
Four. Telur dan jarum
Cara ini ibarat menyantau, caranya rebus telur dan cucuk five atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut babi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. Cara ini juga agak berkesan.
Five. Radio
Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menajdi sasaran, babi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.
6. Lennex
Menurut carian saya di internet, ia adalah sejenis racun untuk membunuh babi, caranya campurkan pada makanan dan babi akan mati serta-merta apabila termakan racun tersebut. Korang boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
7. Jerangkap samar
Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki dan tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! Tunggu satu malam dan lihat hasil keesokan harinya!
Eight. Pagar elektrik
Yang ini memang sangat berkesan. Cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal saya sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun kesayangan anda.
Nine. Cermin
Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. Babi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.
10. Tembak!
Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak babi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?
Sekian sahaja artikel kali ini, semoga bermanfaat untuk semua. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi informasi menarik.