Berita Baik Buat Pesakit Diabetis, Penemuan Terbaru Oleh UPM Sembuhkan Luka Kencing Manis Hanya Dua Hari Sahaja!

SERDANG: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan ubat penyembuh luka kencing manis atau diabetis menggunakan gabungan peria katak dan belimbing rosak, lapor Berita Harian Online.

Ubat dalam bentuk gel itu hanya mengambil masa forty eight jam atau dua hari untuk menyembuh luka berbanding lebih forty eight jam menggunakan ubat lain yang diimport dari Amerika Syarikat dan Filipina.

Inovasi tersebut dibuat menggunakan teknologi hijau dengan kos rendah dengan harga paling murah dipasaran iaitu 40 sen setiap satu gram berbanding produk lain yang lebih mahal, iaitu RM2 satu gram.

Ketua Penyelidik, Prof Dr Rosfarizan Mohamad berkata, ubat penyembuh luka ini berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria dalam buah rosak seperti belimbing.

Menurut beliau, Nanoselulosa dicampurkan dengan bahan nano yang disintesis daripada peria katak bagi menghasilkan produk baharu yang dipanggil sebagai komposit 'hijau'.

Inovasi ini mesra alam dan memiliki ciri penting anti mikrob. Antara kelebihan produk ini termasuklah boleh digunakan secara terus pada luka pesakit diabetis untuk menyembuh. Selain itu ia juga boleh digunakan pada lapisan dalam balutan luka atau sebagai penyembur berbentuk cecair.

Ia dihasilkan melalui proses yang mudah dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia serta berkesan menyembuh luka pesakit diabetis, malah ianya amat menjimatkan kos pembuatan kerana dihasilkan daripada sisa dan bahan buangan buah-buahan.

"Difahamkan penggunaan bahan ini lebih berkesan serta berpotensi digunakan pada luka yang kronik dan traumatik dengan mengurangkan jangkitan kuman sesuai dengan rawatan luka pesakit diabetis," katanya.

Inovasi itu dihasilkan menerusi geran daripada UPM bernilai RM50,000 dan berjaya merangkul pingat emas pada acara International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia (ITEX) 2019 pada 4 Mei 2019.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
PERIA KATAK,PETUA