Bonsai Betik Boleh Buat Anda Jutawan - Cara Buat Bonsai Betik Agar Berbuah Rendah

Bonsai Betik Boleh Buat Anda Jutawan? - Cara Buat Bonsai Betik Agar Berbuah Rendah

Saya tertarik dengan satu video di youtubemengenai bonsai betik yang dikatakan mampu dijual dalam harga yang mahal oleh peminat tegar bonsai. betul ke? tidak mustahil kan...macam-macam cara orang buat duit sekarang.. korang boleh tonton video dibawah ni...

Kali ini saya ingin kongsikan cara buat bonsai betik supaya berbuah rendah dan hanya di tanam dalam pasu ja, memang unik dan menarik sebagai perhiasan di halaman rumah anda.

Cara-caranya:

sediakan sepokok betik yang sudah tumbuh dalam pasu untuk dijadikan bonsai betik. Untuk pengetahuan anda, jangka hayat betik lebih kurang 10 tahun bergantung pada penjagaan. Kalau mau buat pelaburan jangka panjang mungkin kurang sesuai sebab hayatnya yang pendek.

Gunakan wayar aluminium yang boleh di beli di kedai hardware untuk melilit patang pada pokok betik yang ingin dijadikan bonsai betik.

Hati-hati ketika membuat lilitan pada pokok kerana batang pokok betik mudah patah, sekali patah kena tunggu berbulan-bulan untuk tunas baru tumbuh semula

buat dengan penuh kasih sayang mengikut citara rasa dan layout anda

ambil masa untuk bentuk layout anda sendiri, jika tak boleh jangan paksa, buat lagi selepas beberapa hari hingga desihn kesukaan anda menjadi

pokok betik amat lembut dan senang untuk buat design yang anda inginkan, hati-hati jangan sampai patah ...

Tadaa! Siap bonsai betik saya...

Anda boleh alihkan ke pasu yang lebih besar

Kredit:http://hafidzyoungscientist.blogspot.com

Image: Pinterest
Selamat mencuba! semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca blog pertanian satu perniagaan. jangan lupa follow fb saya donny bin ien untuk dapatkan info2 menarik.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BETIK,TIPS