Tembikai atau semangka merupakan sejenis pokok menjalar yang mudah ditanam, berbuah manis dan mengandungi banyak cecair. Ada beberapa jenis dan warna tembikai seperti merah, kuning dan oren.
Khasiat yang terkandung pada buah tembikai seperti vitamin A dan kukurbisitrin serta mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan merawat masalah ginjal dan saluran kencing.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam tembikai tetapi kawasan penanaman kekurangan agen pendebungaan seperti serangga, semut atau lebah, maka pendebungaan manual perlu dilakukan untuk mendapatkan kuantiti buah lebih banyak dan kualiti buah yang lebih baik.
Caranya ialah petik bunga jantan atau Ovari (A) dan sentuhkan felimen bunga jantan kepada bunga betina (B).
Bunga jantan biasanya ada filamen yang mempunyai butir debunga. Sentuhkan filamen yang ada butir debunga (bunga jantan) pada stigma bunga betina dan persenyawaan akan berlaku. Kaedah ini dipanggil assisted pollination atau pendebungaan guide.
Sekiranya pendebungaan tidak berlaku, bunga A akan menjadi layu dan buah tidak akan menjadi. Memang kita nampak dah jadi bentuk buah. Tapi kalau tak disenyawakan dengan bunga jantan, buah tersebut akan menguning dan gugur 3 hari selepas bunga kembang.
Sekiranya ada buah yang tak gugur, bermakna ada serangga seperti semut, lebah ataupun angin yang telah melakukan proses pendebungaan keatas bunga tu.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Bin Ien
Nantikan artikel seterusnya bagaimana menanam tembikai tanpa biji.