Cara Buat Cantuman Avocado Supaya Berbuah Cepat, Lebat Dan Rendah

Avokado antara buah kegemaran kami sekeluarga, anak-anak saya terutama si Fabian paling suka makan ni buah kalau dicampur dengan susu pekat manis berkrim disukai ramai. Nasib baiklah pokok Avocado belum berbuah.

Menurut kajian, amalan memakan buah avocado dapat menurunkan paras kolestrol dalam badan serta melindungi seseorang daripada diserang sakit jantung. Selain itu buah avocado mengandungi banyak khasiat semulajadi.

Sebab itulah buah ini antara favourate saya. Yang tidak suka makan buah-buahan mudah diserang pelbagai penyakit. Jadi amalkan memakan buah-buahan setiap hari sebelum makan nasi.

Artikel kali ini saya kongsikan tiga kaedah mencantum Avocado supaya berbuah cepat dan rendah. Berdasarkan pengalaman, mencantum avocado lebih senang dan peratus cantuman menjadi adalah lebih tinggi berbanding durian kerana batang lebih besar dan tidak mudah kering.

Sila tonton video penuh di bawah cara mencantum Avocado. Antara alat-alat yang diperlukan ialah pisau yang tajam, plastik pengikat, pokok penanti dan tunas yang akan kita cantum. Anda boleh cuba buat hingga berjaya.

Jarak menanam pokok avocado yang saya syorkan ialah lebih kurang 6 meter x 6 meter atau 20 kaki. Baja yang biasa saya gunakan selepas tanam ialah Baja NPK 15:15:15 dan bila mula berbuah, gunakan baja buah 12:12:17:2.

Sementara tunggu pokok berbuah lebih kurang three tahun (jenis pokok kawin), anda bolehlah tanam pokok di tengah-tengah seperti nenas, limau, sayur-sayuran sebagai produk hiliran.

Saya ada tanam beberapa pokok Avocado Russell jenis buah panjang (anggaran 800gm - 1kg) di Kota Marudu dan kini sudah masuk tahun ke dua, tidak sabar rasanya menunggu untuk berbuah.

Bagi saya, Avocado Russell antara pokok unusual yang jarang-jarang ada dan wajib ditanam sebagai koleksi tanaman.

Tiga jenis cantuman yang berbeza. Saya biasa buat cantuman yang pertama berbanding kaedah yang ke dua dan ketiga kerana ianya lebih senang dibuat.

Antara hasil cantuman yang berjaya. Pada peringkat ini pokok perlulah disemai sehingga daunnya matang dan mempunyai ketinggian antara 2-three kaki barulah sesuai ditanam ke tanah.

Antara pokok AvocadoRussell yang sudah berbuah. Anggaran usia dalam three tahun. Tengok lah buahnya lebat kan...Ketinggian cuma 7-eight kaki sahaja

Isi buah Avocado Russell, beratnya dianggarkan lebih kurang 800gram - 1kg

Saya berselfie dengan buah avocado russell yang masih mentah (kiri) dan masak(kanan)

Bibit buah Avocado Russell. Anggaran berbuah antara three tahun dengan penjagaan dan baja yang teratur. Baja sekali dalam 3 bulan dengan baja subur selepas ditanam.

Jika berminat nak tanam sila PM melalui inbox atau hubungi saya melalui whatsapp di 014-3016212 (Area Sabah) RM80/pokok COD place Kota Kinabalu. Area lain kirim pakai bas.

Area Sem. Malaysia 014-6697870

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
AVOCADO,AVOCADO RUSSELL,GRAFTING