Cara Buat Cantuman Mangga Kerdil Supaya Berbuah Cepat Dan Rendah

Cara Buat Cantuman Mangga Kerdil Supaya Berbuah Cepat Dan Rendah

Welcome returned! Baru siap buat cantuman mangga chokanan tadi, walaupun agak letih tapi tetap mahu juga menulis... Saya target untuk menulis satu artikel setiap hari untuk tatapan pembaca setia blog Pertanian Satu Perniagaan.

.

.

.

Mangga Chokanan atau atau nama saintifik Magnifera indica antara mangga kegemaran saya, malah anak-anak juga suka memakannya. Mngga ini biasanya boleh dituai dua kali setahun dalam tempoh yang agak panjang iaitu dari Mac hingga Julai dan Oktober hingga Februari.

Mangga chokanan sesuai ditanam di kawasan bercuaca panas, di kebun saya ada beberapa pokok yang sudah tanam dan menunggu untuk mengeluarkan hasil. Tanah yang sesuai untuk di tanam boleh ialah di kawasan bekas sawah padi atau tanah gambut serta berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan lumayan.

Sebagai contoh, seorang pengusaha mangga mangga chokanan yang berjaya dari Sitiawan Perak, Ahmad Zaki Othman sudah menanam sebanyak 2300 pokok ditanah seluas 9.6 hektar, dengan purata kutipan 80 tan per musim. 1 tahun mangga chokanan ni berbuah dua kali atau dua musim, jadi bayangkan kalau 160 tan setahun purata pendapatan beliau mencecah ratusan ribu ringgit. Boleh baca kisah beliau di sini

Okey, cerita lebih-lebih kalau tak buat tak guna juga kan? Jom saya kongsikan cara mencantum (grafting) mangga chokanan supaya berbuah rendah danc epat ( anggaran 2-three tahun berbuah)

mula-mula sediakan pokok penanti mangga yang sihat berusia sekurang-kurangnya three-four tahun dengan saiz batang pokok sebesar ibu jari budak. Biji pokok penanti yang saya semai kebanyakan dari jenis mangga air sebab senang dapat dimana2

potong menggunakan pisau yang bersih lebih kurang 1 kaki dari polybag, tinggalkan beberapa helai daun supaya batang pokok penanti tidak mati dan makanan dapat disalurkan ke tunas cantuman

setelah dipotong, belah menggunakan pisau khas, saya menggunakan pisau cukur kerana ianya cukup tajam dan memudahkan kerja, pastikan pisau bersih dan tidak ada kotoran melekat.

Belah batang pokok penanti berbentuk V lebih kurang 1.5 inci

okey, ini adalah tunas yang kita akan cantum nanti, saya cantas dari pokok mangga chokanan kawin yagn sudah berbuah. Tips memilih tunas, pastikan ada tunas mula keluar di hujung seperti dalam gambar di bawah, daun pokok lebih cepat keluar berbanding yang belum keluar tunas. Lagi satu pointers, pilih tunas yang berbentuk bulat seperti pensel dan bukan berbentuk papan (nipis) kerana ianya mudah kering dan tidak menjadi

cantas semua daun dari batang , jangan tinggalkan apa-apa daun

buat torehan berbentuk V, pastikan pisau penoreh sentiasa bersih kerana pisau yang kotor boleh menyebabkan cantuman tidak menjadi

masukkan tunas cantuman ke pokok penanti seperti cara diatas

gunakan parafilem untuk mengikat pokok yang telah di sambung tadi

ikat bermula dari bawah ke atas

cantuman yang sudah siap di ikat, pastikan tiada ruang untuk air masuk kerana ia boleh menyebabkan cantuman gagal

30 pokok mangga chokanan siap di cantum melalui teknik baji, sungkup dengan plastik ice cream yang boleh di beli di kedai atau supermarket.  tidak perlu ikat bahagian bawah plastik tersebut

anakku yang berusia three tahun ni rajin betul datang membantu hehe

Semoga berjaya kepada yang mahu mencuba, buat sampai jadi, cantuman mangga paling senang menjadi berbanding cantuman durian. Jika anda berminat mahu menanam pokok mangga kawin, hubungi saya melalui whatsap di 014-3016212.

Jangan lupa like web page Pertanian Satu Perniagaan dan look at fb saya donny bin ien untuk dapatkan banyak lagi information pertanian.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
MANGGA CHOKANAN,TIPS