Bagi anda yang suka berkebun, cocopeat atau sabut kelapa yang telah dikisar halus-halus adalah salah satu medium tanaman yang wajib ada pada tanaman, betul tak?
Cocopeat mempunyai 45-50% kandungan Karban Organik yang sangat sesuai dan berfaedah untuk tanaman supaya lebih subur. Jumlah Ruang Poros (Air area pore) juga tinggi dalam cocopeat iaitu sebanyak ninety four-96% dimana ciri-ciri ini akan mengurangkan kerosakan akar akibat terlalu lembab atau terendam air.
Saya sendiri menggunakan cocopeat untuk tanaman dan bibit buah-buahan saya. Bagi saya tidak sah kalau tidak ada cocopeat ni. Jika anda menggunakan tanah hitam one hundred% kemungkinan pokok anda tidak akan subur atau terlebih air dan menyebabkan pokok terbantut dan tidak produktif.
Okey, artikel kali ini saya kongsikan cara-cara buat cocopeat sendiri di rumah, tak perlu berlu beli di kedai atau nurseri pokok, harga seguni cocopeat dianatar rm10-15. Jika buat sendiri memang jimat bagi kegunaan sendiri.
1. Sediakan tin racun nyamuk terbuang, jangan pulak korang ambil yang masih berisi, sayang beb! Potong menggunakan gunting seperti gambar dibawah, hati-hati ketika menggunting jari boleh cedera, tin tu tajam tau...
2. Belah dua tin yang dipotong tadi
3. Gunting permukaan yang kasar atau ratakan permukaan supaya nampak kemas
four. Buat lubang menggunakan paku dan tukul, guna sebatang kayu yang keras sebagai unfortunately membuat lubang, juga akan dijadikan sebegai pemegang atau manage
5. Hasilnya selepas buat lubang, selain membuat cocopeat, benda ni juga boleh digunakan untuk menghiris ubi kayu menjadi halus untuk dijadikan kuih muih
6. Bengkukkan seeprti huruf U
7. Lekatkan pada kayu tadi seperti gamabr diatas dengan menggunakan paku bersaiz kecil. Pastikan tidak tertanggal.
7. Ambil sabut kelapa dari kelapa tua, parut pada permukaan sabut yang lembut untuk menghasilkan cocopeat yang halus.
Eight. Pisahkan cocopeat yang kasar dan yang halus
9. Tadaa!! Inilah hasilnya, nampak sangat halus dan cantik. Bagi mereka yang suka berkebun, cocopeat antara medium tanaman terpenting untuk suburkan pokok. Kebanyakan tanaman fertigasi juga menggunakan one hundred% cocopeat untuk tanaman mereka seperti cili padi, terung dans sebagainya.
Selamat mencuba dan semoga artikel petang ini bermanfaat untuk semua pembaca weblog PSP. Saya Donny Ien, jumpa lagi pada artikel seterusnya.
Tonton Video lebih jelas
Video By: Restart RF