Cara Tanam Pisang Supaya Berbuah Di Batang Dengan Cepat Dan Rendah

Shallom! Saya Donny Ien penulis blog ini, hobi menulis di masa terluang sememangnya sudah menjadi darah daging saya sejak sekian lama. Target saya ialah mahu kongsikan satu atau dua artikel sehari tentang tip2 pertanian untuk semua pembaca.

Artikel pagi ini saya mau kongsikan cara membuat pokok pisang agar berbuah di batang. Pelik tapi benar. Saya sudah pernah buat dan memang menjadi. Kelebihannya ialah buah senang di ambil dan tidak menjejaskan kualiti buah. Kalau mau buat untuk siok-siok boleh la, tapi tidak sesuai untuk kebun skala besar.

Memang sudah menjadi lumrah alam, pokok pisang sememangnya hanya akan berbuah sekali sahaja kan! Saya tidak pernah lagi nampak pokok pisang berbuah dua kali.

Peribahasa melayu mengatakan ?Takkan pisang berbuah dua kali? Sekali dah tertipu pastinya akan beringat supaya tidak terpedaya buat kali yang kedua.

Peribahasa ini bermaksud memberi peringatan kepada orang yang berniat nak memperdaya orang lain dengan ?Pembohongan? Yang sama atau hampir serupa. Orang akan ingat apabila terkena kali pertama supaya tidak terkena kali kedua. Cukuplah terkena sekali, jangan lagi terkena kali ke dua.

Cara Tanam Pisang Supaya Berbuah Di Batang Dengan Cepat Dan Rendah'

1. Buat satu lubang pada batang pokok pisang seperti dalam gambar di bawah, hati hati membuat lubang supaya pokok tidak rosak dan tumbang

2. Letakkan sekeping penghalang  di bahagian atas supaya tunas yang akan keluar tidak terhalang.

Boleh guna kepingan batang pada pisang yang telah di buka tadi.

Three. Selepas beberapa minggu, tunas telah keluar, tunggu hingga menjadi buah

4. Beginilah rupanya selepas beberapa bulan, buah jantung telah keluar dari lubangtadi, gunakan kayu atau bambu untuk tongkat pokok pisang supaya tidak jatuh atau tumbang.

Five. Jantung pisang tadi telah bertukar menjadi buah, tak lama lagi dah boleh tuai, senang sangat nak ambil ni, rendah dan memudahkan kerja

6. Bungkus pisang dengan plastik untuk menjaga kualiti pisang, kalau tak nak bungkus pun tak pa...

Senang kan? Selamat mencuba!

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
PISANG,TIPS