Cara Tanam Sayur Dalam Bekas Meneral Water Paling Senang Dan Jimat!

Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

Welcome back! buat semua pembaca blog Pertanian Satu Perniagaan, bagi yang belum mengenali penulis, nama saya Donny Bin Ien, please follow fb saya untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian. Baru balik dari pasar malam Kota Belud tadi, temankan isteri beli kelengkapan dapur termasuk keperluan budak2. baru ada masa terluang update blog.

Okey, artikel malam ni saya mau kongsikan cara tanam salad guna bekas meneral weter ja, nampak macam pleasant kan? Cara ni amat sesuai untuk mereka yang tinggal di ruang sempit. Tiada lagi asalan untuk tidak dapat menanam, saya akan tunjukkan caranya sekarang...Sekurang-kurangnya tak perlu lagi beli sayur di pasar malam, jimat dan dijamin halal. Kan?

Saya amat tertarik dengan perkongsian Nur Aida Md Zainuddin melalui akaun facebooknya, beliau berkongsi cara paling mudah tanam sayur menggunakan botol air. Sistem yang dibuat dari bekas botol air mineral ini, tidak perlu penyiraman kerana ia dilengkapi dengan self watering sistem. hebat kan?

Jadi korang yang selalu busy tu tidak perlu risau pokok tak bersiram. Hanya perlu periksa air seminggu sekali sahaja. Paling kerap pun three hari sekali.

Pada pendapat saya, ini antara cara paling jimat dan murah serta mudah mau tanam sayuran. Teknik ini dinamakan TEKNIK 3T (Tanam, Tinggal Dan Tuai). Pasti ramai yang teruja mau buat cara begini lepas ni kan... Bah apa tunggu lagi.. Jangan kasi lama...

Cara-caranya:

1. Semai anak benih di tapak semaian khas, boleh beli di kedai jual racun atau hardware. Boleh juga guna bekas semaian atau kulit telur. Gunalah apa sahaja medium semaian janji tumbuh benih tu.

2. Medium semaian saya gunakan cocopeat (sabut kelapa yang saudah di kisar halus). Korang boleh boleh beli di nurseri atau dengan saya pun boleh, whatsapp ja 0143016212. Harga 1 guni RM15 sahaja.

Three. Bila sudah tumbuh dah naik 4 helai daunnya kira-kira 2-3minggu alihkan ke tempat semaian baru. Saya cuba-cuba guna botol mineral sebab mau buat ala-ala hidroponik. Ternyata berhasil juga...

Four. Cara mau buat bekas botol macam ala hidroponik, potong dua bekas meneral seperti dalam gambar, lepas tu lubangkan pada penutup, kemudian masukkan benang, saya gunakan tali file atau korang boleh guna kain atau tuala mandi yang terbuang. Tali tu biar sampai atas sikit supaya air dapat membasahi kawasan atas.

Five. Isi cocopet dalam botol mineral bahagian atas yang dipotong tadi. Alihkan anak pokok tu masuk dalam tu.

6. Tips untuk alihkan anak benih sayur supaya akar tidak terputus, guna chopstip untuk tarik keluar secara perlahan-lahan.

7. Botol bawah tu isikan air dan baja AB. Sukatan baja AB ialah 1 penutup air meneral baja A & baja B. tuangkan baja AB ke dalam air dan tinggal. Kalau air sudah habis baru top up balik.

8. Pada peringkat awal penanaman, letakkan botol meneral di tempat yang teduh untuk mengelak anak belih layu, bila besar sikit baru alihkan di bawah cahaya matahari. Tempoh matang bagi sayur jenis daun adalah 1-2 bulan.

9. Tadaa! selepas 1 bulan lebih, inilah hasilnya, nampak sihat dan yang paling penting diyakini tanpa sebarang baja kimia yang merbahaya.

Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny bin ien & like page pertanian satu perniagaan untuk dapatkan anyak lagi info pertanian.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
HIDROPONIK,SAYUR,TIPS