Buah betik atau papaya antara buah-buahan tempatan kegemaran saya, memang tidak sah kalau tiada dalam menu makan tengahari. Biasanya saya akan makan buah betik terlebih dahulu sebelum makan nasi. Jadi yang keluar awal pun betik juga, barulah lancar perjalanan makanan yang kita telan...Hehe
Dari segi kesihatan pula betik terbukti amat baik untuk proses pencernaan selain kaya dengan eating regimen A, C dan kandungan serat yang tinggi. Kalau korang ada masalah simbelit, saya sarankan makan buah betik setiap hari. Usus yang kotor juga boleh menyebabkan kanser usus. So, rajin-rajinlah makan buah betik.
Dibelakang rumah saya ada tanam 4 pokok betik, petang tadi masa menyiram baru perasan pokok sudah mula berbunga, bila diperhatikan betul-betul, tiga dari empat pokok tersebut adalah jantan dan tidak akan berbuah.
Dalam hatiku berkata,
Begini rupa bunga betik jantan dan betik betina
Image: Amin Agro Tech
Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana mengenal betik jantan dan betik jantina semasa kecil. Tujuannya supaya anda tidak buang masa tanam pokok betik yang tidak mengeluarkan hasil.
Betik jantan hanya boleh menghasilkan bunga yang boleh dibuat sayur tapi agak pahit, jika anda mengalami cirit-birit atau gatal di dubur kerana ada cacing, saya sarankan makan sayur betik atau tumbuk biji betik yang buahnya sudah masak dan makan bijinya. Masalah cacing anda pasti akan selesai. Tak percaya cubalah...
Untuk mengenal mana satu betik jantan dan betina, anda perhatikan pada akar betik semasa proses pengalihan, atau semasa memindahkan benih betik dari tapak semaian ke tanah.
Pertama, lihat akar semasa ketinggian pokok 10cm, jika akar pada pokok tersebut lurus maka ia adalah benih jantan, sebaliknya jika akar pokok betik bercabang atau kembang ia adalah betina.
Pokok betik jantan, akarnya agak lurus dan bertunjang, tidak serabut |
Pokok betik betina akarnya berserabut, tidak ada akar tunjang |
Cara kedua, lihat pokok semasa ketinggian 10-20cm, jika daunnya banyak kekok 3 maka ia adalah jantan. Jika daun banyak kekok 5, ia adalah betina.
Cara ketiga ialah jika pokok mula berbunga dan bunganya menjulur panjang, ia adalah jantan. Kalau bunganya di celah pelepah, ia adalah betina.
Kalau pokok itu keluarkan bunga betina buahnya berbentuk bulat. Kalau bunga 2 jantina buahnya bujur panjang.
Lihat pada gambar di bawah:
Bunga betik betina |
Bunga betik 2 jantina |
.
.
.
BENARKAH AKAR BETIK JANTAN MAMPU SEMBUHKAN PESAKIT SAWAN?
Menerusi perkongsian Suhaimi Hashim di laman sosial, beliau mendakwa akar betik jantan mampu sembuhkan pesakit yang ada 'sawan tarik' melalui kaedah rawatan alternatif.
Berikut adalah perkongsian beliau di facebook.
"Salam persahabatan..
Lazimnya kita hanya akan menggunakan pokok betik jantan ini diambil manfaat pada bunganya sahaja..iaitu dibuat ulam ulaman..sedap juga..
Dalam rawatan alternatif..akar betik jantan adalah penawar bagi merawat penyakit sawan tarik..pak kiyaie telah merawat beberapa pesakit sawan tarik menggunakan bahan herba ini dan nampak ada perkembangan positif bagi pesakit..ada seorang pesakit pak kiyai mengidap sawan tarik ni dah 15 tahun..kesian bila tengok dia..tengah berdiri tetiba jatuh..terhantuk kepala entah apa saja yang ada..mulut berbuih tergigit lidah..keluarlah darah bercampur air liur yang berbuih..
Macam tu lah..nasib bagi pengidap sawan tarik ni..
Pesakit ini ialah yang pertama kiyaie gunakan bahan herba ni..
Ok mula mula kena buangkan dulu jin sawan ni..selalunya jin ni berada di setiap sendi pesakit..liat jugak nak buang..degil..kena sembur sireh baru keluar..bila dah keluar kenalah buat kata sumpahan bagi jin ni..supaya dia tak masuk balik..
Ok..seterusnya..ambil akar betik jantan di tumbuk atau diketuk hancur..lalu di campur dengan sedikit belacan dan di adun dengan air doa ruqyah..maka siramlah pesakit di mandikannya selama 3 petang berturut turut di petang hari..kena mandi kat luar rumah..itu syaratnya..
Apa kesannya..alhamdulillah pesakit pak kiyaie sihat sepenuhnya dari sawan tariknya selama 15 tahun...lama tu..
alhamdulillah..allah yang menyembuhkan segala penyakit.."
Semoga bermanfaat untuk pembaca blog PSP. Jumpa lagi pada artikel seterusnya. Jangan lupa follow fb Donny Bin Ien. Selamat malam.