Jarak Tanam Durian Yang Disyorkan Dalam Satu Ekar (43,560 kps)

Jarak Tanam Durian Yang Disyorkan Dalam Satu Ekar (43,560 kps)

Ini antara soalan yang sering ditanya oleh buyers saya ketika membeli bibit, jadi kali ini saya kongsikan anggaran sebenar jarak tanam durian yang disyorkan oleh jabatan pertanian dan juga pekebun durian yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini.

Adalah penting untuk anda mengetahui jarak tanaman durian supaya tidak mengalami kerugian dan dapat menghasilkan pulangan yang berbaloi. Pokok yang terlalu rapat pula boleh menyebabkan durian tidak produktif kerana tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta dahan yang kurang sihat.

JARAK TANAMAN DURIAN.

1 ekar = 43,560 kps

Jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman yg disyorkan)

3 jarak tanaman yg disyorkan:-

1. 40×40 kaki: 27 pokok

2. 35×35 kaki: 36 pokok

3. 30×30 kaki: 48 pokok

Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki. Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.

Contoh:

Ada slope/CERUN sekitar 10°-15°: jarak yg di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris)

Bil. anak pokok yg dpt ditanam = 50 pokok

Moga tips ini berguna buat semua pembaca blog ini. Sekian. jangan lupa follow facebook saya donny bin ien untuk dapatkan banyak lagi ilmu pertanian. hubungi saya melalui whatsapp untuk dapatkan benih durian klon terbaik dan ori di 014-3016212

Selamat Berkebun Durian.

Kredit: PPDM

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DURIAN