Jimat Masa Dan Tenaga Menyiram Selama 5 Hari, Hanya Gantung Botol Terpakai Dan Biarkan Menitis Perlahan-Lahan

Musim kemarau di Sabah sudah masuk bulan ke four, banyak tanaman saya kering dan mati walaupun disiram tiap hari. Ada juga purchaser mengeluh banyak bibit buha-buahan yang mereka beli dari saya tidak dapat diselamatkan kerana cuaca terlampau panas.

Jika kemarau berterusan hingga bulan Mei kemungkinan lebih banyak tanaman saya akan mati dan tentunya kos kerugian juga meningkat. Bayangkan, walaupun tanaman disiram waktu pagi dan petang tapi masih ada pokok yang mula kering dan perlahan-lahan mati.

Mujurlah saya terjumpa satu idea yang di kongsikan oleh M Bangla ni. Mungkin ini dapat menyelamatkan tanaman dari kepanasan. Teknik ini amat sesuai untuk tanaman yang masih kecil.

Hanya menggunakan botol terbuang, potong dibahagian bawah dan buat lubang untuk masukkan tali atau besi dan gantungkan diatas pokok dengan menggunakan kayu. (Lihat gamabr di bawah)

Adjust penutup botol supaya air menitik perlahan-lahan dan tidak terlalu banyak air mengalir keluar. Letakkan betul-betul dibawah pokok supaya daun-daun dapat minum dan sentiasa segar sepanjang hari,

Teknik ini mampu melembabkan tanah serta tanaman sepanjang hari berbanding dengan kita siram waktu pagi, tak sampai petang tanah sudah mula kering dan daun mula layu. Kotang boleh cuba dan tengok hasilnya. Memang amat berkesan.

Gantungkan botol  seperti dalam gambar dibawah, air boleh bertahan selama 4-5 hari tanpa menyiram. Teknik ini sangat membantu terutama mereka yang tidak ada sistem pengairan yang baik. Tidak perlu buat kerja menyiram selama beberapa hari, bolehlah buat kerja lain di kebun seperti merumput dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Tonton video di bawah

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DIY,FERTIGASI,TIPS