Kreatif! Begini Cara Tanam Nenas Dalam Polybag Supaya Berbuah Cepat Dan Besar

Nenas biasanya di tanam terus di tanah tak kiralah untuk tujuan hobi di masa lapang mahupun untuk komersial. Tak sangka pula di Indonesia ada pekebun yang mengusahakan tanaman nenas secara komersial dalam polybag.

Biasanya tanaman dalam polybag atau dalam pasu ini hanya sebagai hiasan sahaja namun pekebun ini berjaya menanam nenas dalam pasu dan hasilnya amat memberansangkan.

Artikel kali ini saya kongsikan cara tanam nenas dalam polybag. Pastikan pilih benih nenas yang sudah besar supaya tak perlu tunggu lama untuk menuai.

Penyiraman dilakukan setiap hari, pastikan medium tanaman sentiasa lembab namun tidak menakung air untuk membekalkan keperluan pokok untuk membesar.

Jenis tanah yang digunakan ialah cocopeat, peatmoss, pinnacle soil dan tanah kuning. Campurkan semua dan masukkan ke dalam polybag.

Pembajaan dilakukan sekali setiap dua minggu dengan baja Urea atau baja subur NPK 15:15:15 untuk memastikan pertumbuhan pokok lebih cepat dan hasil yang baik.

Pada usia pokok sekitar 8-9 bulan, iaitu apabila daun nenas sudah mencapai kira-kira 25 helai sepokok, taburkan dengan baja penggalak buah.

Jika mahu pokok berbuah serentak, anda boleh taburkan dengan hormon perangsang pembungaan nanas buah seperti Naphtaline Acetic Acid (NAA).

Video: World Clik

Selamat mencuba! Terima kasih sudi singgah dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada kawan-kawan.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
NENAS,TIPS