Sangat Kreatif! Ramai Tak Percaya Bagaimana SayaTangkap 20 Ekor Tikus Hanya Guna Baldi Je!

Tahukah anda tikus antara haiwan pambawa penyakit paling merbahaya kepada manusia seperti kencing tikus yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata sahaja!.

Ada seorang kawan sekerja sewaktu saya bekerja di Penang Adventist Hospital Penang dulu dijangkiti virus kencing tikus dan dimasukkan ke ICU, doktor mengatakan harapan untuk hidup amat tipis. Dipendekkan cerita dia pulih sepenuhnya selepas beberapa minggu dalam ICU. Amin!

Untuk mengelakkan penyakit ini, pastikan dapur anda sentiasa bersih dan bebas dari gangguan tikus kerana ia boleh berak dan kencing merata tempat termasuk dalam pinggan dan mangkuk makanan anda.

Artikel kali ini saya kongsikan cara tangkap tikus paling mudah dan berkesan tanpa menggunakan racun kimia.

Kalau korang tengok di Youtube ada banyak video bagaimana tangkap tikus yang mengganggu tanaman atau pun berkeliaran di kawasan rumah pada waktu malam.

Tapi saya tertarik dengan video yang di kongsikan oleh Top mouse trap danMucahit Kot ni. Kalau korang tonton video di bawah , dia hanya menggunakan baldi dan kepingan kotak/sebatang roller. Sangat simple tapi amat berkesan!

Satu malam dia berjaya tangkap lebih 20 ekor tikus. Bagaimana dia buat? Hanya menggunakan baldi, isikan padi dan air setengah baldi, video pertama menggunakan kotak DIY, kayu sebagai tangga untuk tikus naik ke atas dan sebatang besi yang boleh berputar seperti dalam video kedua.

Nak deliver an reason for dengan jelas tidak berapa tahu, tapi korang boleh buat sendiri dengan menggunakan sebatang besi atau aluminium, dihujungnya boleh gunakan paku supaya besi tadi dapat berputar.

Calitkan peanut Butter pada besi untuk menarik perhatian tikus. Tunggu satu malam dan lihat hasil tangkapan keesokan harinya. Pasti anda terkejut beruk!

Kaedah ini amat mesra alam dan sangat kreatif tanpa menggunakan racun kimia yang sememangnya tidak baik untuk alam sekitar. Korang boleh cuba buat sendiri dirumah lepas ini.

Selamat mencuba! Saksikan video di bawah.

Video pertama hanya guna baldi kotak DIY padi beras - lihat video bagaimana cara membuatnya

Video kedua guna baldi batang besi yang boleh berpusing peanut Butter untuk menarik perhatian tikui

Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Bin Ien

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
TIKUS,TIPS