Musim panas dan kemarau yang melanda negara kita mengundang pelbagai bencana dan musibah kepada penduduk serta alam sekitar. Cuaca yang panas terik menyebabkan tanah menjadi kering kontang dan mengakibatkan banyak tanaman musnah termasuk haiwan dan binatang ternakan.
Bukan itu sahaja, binatang merbahaya seperti ular mula kaluar dari sarangnya dan mencari tempat yang lebih sejuk atau lembab seperti di kawasan perumahan. Ini turut mengundang bahaya kepada penduduk dan boleh menyebabkan patukan ular yang berbisa.
Sejak kebelakangan ini kita sering melihat di TV mengenai penangkapan ular berbisa ini yang memasuki kawasan kediaman. Patukan ular seperti ular tedung boleh menyebabkan maut serta merta jika tidak di rawat dengan cepat.
Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana membuat perangkap ular DIY yang sangat mudah dan berkesan. Alat-alat yang digunakan ialah botol minuman terbuang, tali, skru, solotape, sekeping papan dan gergaji besi atau pun sebarang dawai yang boleh melengkung.
Mula-mula lekatkan tin ke papan dan skru gergaji besi seperti dalam gambar dibawah
ikat tali pada hujung gergaji besi sebagai perangkap ular
inilah perangkap ular yang sedang menunggu mangsa
sebatang kayu kecil di ikat pada tali sebagai penyangkut, lubangkan sedikit ditengah-tengah kayu kecil tadi supaya dapat menyangkut pada tin
Inilah hasit tangkapan menggunakan perangkap ular yang dibuat sendiri. Korang boleh cuba buat lepas ini, sangat senang dan jimat.
Sila tonton video dibawah dengan lebih jelas. Selamat mencuba!
Video: Simple Wildness