Tanam Limau Kasturi Mampu Jana Pendapatan Sampingan Mencecah RM30,000 Setahun!

BENARKAH PENDAPATAN KASAR TANAM LIMAU KASTURI MAMPU MENCECAH RM24,000-30, 000 SEBULANAN??

Dari pemerhatian saya, limau kasturi antara tanaman yang agak mudah diuruskan berbanding dengan pokok lain sperti durian, sayur-sayuran dan sebagainya. Pokok ini senang dijaga dan mudah hidup walaupun cuaca tidak menentu.

Saya sendiri ada tanam beberapa pokok di kebun di Kota Belud untuk tujuan komersial selain kegunaan sendiri. Selain buanya boleh dijual, saya juga menjual anak benih limau kasturi yang telah siap di TUT dari pokok induknya. Limau kasturi ni sememangnya boleh buat duit sampingan jika rajin mengusahakannya. Dari kita saja baitu kan boss...

Mengapa limau kasturi??

i. Limau kasturi menghasilkan buah pada tahun ke dua ( pada peringkat ini buahnya agak sedikit. Cuma dalam masa 4 tahun ia akan berbuah banyak.

ii. Pokok limau kasturi ini boleh bertahan selama 12 tahun malah lebih jika cukup jaga dan baja.

iii. Kos penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain seperti durian.

iv. Hasil hiliran limau kasturi boleh dipelbagaikan seperti jeruk, spa, jus limau, pekasam, herba, wangian dan sebagainya.

Berapa anggaran kos penanaman seekar limau kasturi?

1. Kos pembersihan tanah dan membajak = >< RM800

2. Kos benih limau kasturi untuk seekar = Jarak penanaman 12x12 kaki = sebanyak 600 btg pokok.

3. Benih = RM4.50 sebatang. Oleh itu kos keseluruhan benih = RM 1800 keatas

4. Kos tenaga kerja menanam = RM200 (2 pekerja x 2 hari)

5. Kos membaja = RM400 utk pertama kali

6. Kos Racun = RM 480 untuk tempoh setahun

Bagaimana cara penanaman limau kasturi

1. Lubang bersaiz 0.4 m X 0.4 m X 0.2 m perlu digali untuk setiap anak pokok. dibiarkan selama 2 hingga 4 minggu.

2. Campurkan baja organik ke dalam lubang tanaman. Sejumlah 10 hingga 12 kg baja organik diperlukan untuk campuran ke dalam lubang tanaman berserta 200 g CIRP atau penggalak akar  dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata.

3 Anak pokok limau kasturi ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

4. Pokok perlu disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang. Lindungan perlu disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.

5. Penyiraman wajib dilakukan sebaik sahaja pokok di tanam. Siram sebanyak 1 -2 kali sehari untuk 2 hingga 3 bulan pertama.

6. Pembajaan boleh menggunakan baja subur organik seperti tinja lembu dan kambing. sebanyak 30 hingga 40kg baja diperlukan untuk setiap pokok untuk setahun sebelum pokok berbuah. Selepas berbuah baja sebanyak 30 hingga 60kg setahun diperlukan.

Jika menggunakan baja kimia 2 campuran baja boleh digunakan.– Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4) – Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2).

Pembajaan haruslah dilakukan 3-4 kali setahun.

Benarkah pendapatan kasar mampu mencapai RM 30,000??? anda fikirkan sendiri...

Bayangkan sepokok dewasa limau kasturi akan mengeluarkan sekitar 5 - 7 kg sepokok sebulan. Jika 500 pokok berbuah maka anggaran hasil sebanyak 30,000 - 42,000 kg setahun. Harga ladang limau kasturi serendah RM0.80 - RM1.00 sekilogram. Ini akan menjadikan anggaran pendapatan kasar sekitar serendah RM 24,000 sehingga RM 30,000 seekar.

Rujukkan.

1. http://animhosnan.blogspot.com/…/limau-kasturi-potensi-di-t…

2.http://kebunlimau.blogspot.com/p/cara-menanam-limau-kasturi…

3. https://www.melur.com/cara-penanaman-limau-kasturi-secara-…/

4.http://reg.upm.edu.my/…/2012102212294041.OPR.TPU.BP.TANAMAN…

Ingin mendapatkan benih limau kasturi terbaik untuk ditanam?? ZF Nursery mampu membekal pada harga borong. Call/whatsapp wwww.wasap.my/60143016212 untuk tempahan dan pembelian.

PENGHANTARAN🚛🚛🚛🚛

🔸Postage mengunakan khidmat lori ke seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak

🔸Cash on delivery (COD). Cas transport dikenakan mengikut kawasan.

🔸Walk in di Nursery (Bangi, Selangor)

Call dulu sebelum datang untuk semak stok anak pokok yang diperlukan.

Facebook: ZF Nursery

Page: ZF Nursery and Landscape

Instagram: ZF Nursery

No Phone:014-3016212 (Don Zf Nursery)

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BENIH POKOK,LIMAU KASTURI