Selain mencantikkan halaman rumah, ada 7 tanaman yang boleh meningkatkan kualiti dan membersihkan udara di sekeliling. Udara yang kotor memberikan kesan yang negatif pada kesihatan manusia.
Jom ketahui 7 tanaman yang boleh dijadikan hiasan dalaman rumah anda yang senang dijaga dan tidak perlu penjagaan yang kerap, mudah tumbuh di dalam kawasan rumah yang kurang cahaya matahari.
1. SIRIH GADING
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil?S Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.
2. LIDAH BUAYA
Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Aloe Vera ini mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti formaldehyde dan benzena. Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.
Three.PAKIS BOSTON
Tanaman Pakis Boston atau Boston Fern mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam bilik tidur untuk melembabkan suhu serta mengelakkan kulit kering.
Four. MONSTERA DELICIOSA
Monstera deliciosa berfungsi untuk mererap karbon dioksida dan menyerap formaldehyde merbahaya dalam udara serta menghasilkan oksigen pada waktu malam.
Five. LIDAH MERTUA
Yang ini namanya agak unik, ia mampu memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara persekitaran rumah anda.
6. DRACAENA
Pokok dracaena (sanderiana dan marginata) mampu menapis udara yang bekuap. Sesuai diletakkan di kawasan rumah yang tingkap jarang dibuka, menanam dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
7. SPIDER PLANT
Yang terakhir ialah pokok spider plant, ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun merbahaya di udara. Dalam masa dua hari, pokok ini mampu menyerap racun di udara sehingga ninety%.
Sumber : Tips Hias Rumah/ Pa Ma