Kentang adalah makanan yang menjadi tanaman penting di Malaysia malah seluruh dunia juga menggunakannya sebagai bahan masakan di dapur. Bila bercakapa pasal kentang ni mesti teringat kentang goreng atau French Fries McD.
Teringat pula masakan kari ayam kentang yang dimasak oleh spouse dua hari lepas semasa hari jadinya, sedap sungguh dan amat menyelerakan! Kalau nak masak kari ayam, pastikan ada kentang di dapur.
Kalau anda jarang-jarang pergi ke pasar, anda boleh cuba semai sendiri kentang dengan menggunakan guni jika tidak ada ruang yang luas untuk bercucuk tanam. Cara ini amat mudah dan menjimatkan.
Anda cuma perlu semai dahulu kentang dalam tray telur atau letak ditempat yang lembab sehingga tunas keluar
Lepas itu potong kentang kecil-kecil, pastikan tunas tidak terkena ketika memotong
Isikan tanah hitam dalam polybag yang bersaiz besar, anda juga boleh menggunakan guni atau karung, ataupun baldi besar terbuang, pastikan lubang bahagian bawah supaya air boleh keluar dan tidak bertakung
Tanam sebiji pun boleh ja... Nanti akan beranak pinak nanti
Hasilnya lumayan kan! Selamat mencuba.
Kredit percentage: Google