Bila tiba musim kemarau ni, benda yang paling merisaukan saya ialah tanah cepat kering pada anak pokok dan tanaman, kalau seminggu dua tidak hujan boleh lagi siram secara manual, tapi kalau dah sampai 4-5 bulan tanpa hujan, korang larat ke nak menyiram?
Musim kemarau baru-baru ini telah menjejaskan banyak tanaman berharga terutama Musang King, ada beberapa pokok durian saya juga tidak dapat diselamatkan kerana berada jauh dari rumah. Jarang disiram.
Bagi anda yang ingin mengusahakan tanaman secara skala besar, sistem pengairam adalah benda yang paling penting dan perlu diutamakan. Tanpa air, pokok akan mati kekeringan. Sebagai contoh, menggunakan Automatic Water Dripping System.
Automatic Water Dripping System (AWDS) atau sistem titisan air automatik merupakan sebuah tangki bersaiz besar yang membekalkan air kepada tanaman supaya tidak kering terutama pada musim panas.
Air dari tangki sistem khusus AWDS dicampur dengan bahan-bahan nutrien tanaman seperti kalsium cair, baja larut, mineral dan anti klorin bagi memastikan pokok hidup subur dan kuat.
Ia beroperasi tanpa perlu dikawal atau dipantau setiap hari, mudah diselenggara dan tahan terhadap cuaca dan haba yang kuat terutama pada musim kemarau yang panjang, iaitu bermula pada bulan Febuari hingga April setiap tahun.
Sistem AWDS mula diperkenalkan sejak setahun lalu dan telah membantu ramai pekebun durian memudahkan kerja menyiram serta mengelakkan tanaman mereka mati kekeringan.
"Alhamdulillah sejak diperkenalkan setahun lalu dan selepas menjalani proses penambahbaikan... akhirnya Hybrid Nursery berjaya mencipta satu sistem titisan air automatik atau automatic water dripping system (AWDS) yang terbaik untuk kebun Durian Musang King.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) selama enam bulan mendapati anak-anak benih Durian Musang King yang ditanam menggunakan sistem AWDS membesar dengan subur dan mampu melepasi cabaran gelombang haba atau heatwave pada musim kemarau teruk selama dua bulan (Feb & Mac 2019) di tapak dusun ujikaji kami di Daerah Temerloh dan Bera, Pahang (antara 52 kawasan di Semenanjung Malaysia yang dilanda gelombang haba).Terbaik lah AWDS ni, kalau plan nak tanam durian secara komsersial, memang kena wajib guna sistem ni kalau tidak mahu mengalami kerugian besar. Kalau korang pakar piping, boleh cipta sendiri, dia macam sistem Hidroponik saiz besar. Kalau tanam sepokok dua, siram secara manual pun boleh atau guna botol meneral untuk siram pokok.
Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut mengenai sistem Automatic Water Dripping System (AWDS) ni boleh hubungi mereka melaluiFacebook Hybrid Agrofarm & Nursery
Semoga bermanfaat, jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi informasi pertanian.