Begini Cara Bina DIY Sistem Mini Fertigasi Untuk 10-20 Polibeg, Mudah & Jimat!

Fertigasi merupakan satu kaedah penanaman dimana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke bahagian akar pokok melalui sistem pengairan titis yang dinamakan fertigasi.

Kelebihan sistem ini ialah baja diambil oleh tanaman dengan lebih efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja dan hasil tanaman meningkat eighty hingga ninety peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah tapi 100% menggunakan cocopeat atau sabut kelapa yang sudah di proses hingga halus.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia penanaman melalui kaedah fertigasi ataupun hanya sebagai hobi, walaupun anda sibuk bekerja, tetapi timer dan pam akan membantu anda menyiram tanaman tanpa dipantau setiap hari.

Pam yang digunakan hanya pam Aquarium, korang boleh beli di kedai-kedai aquarium, carilah yang 30-50 watt untuk operasikan sistem ini, harganya sekitar dalam rm40-eighty sahaja.

Gunakan tong biru sebagai tangki baja yang ada jual di kedai hardware, harganya lebih kurang rm40, ataupun beli tong sampah, tong gelen, tangki air hitam atau kontena saiz besar, nak lagi bergaya beli Tangki King Kong Stailess Steel tu, lagi besar lagi bagus sebab tak perlu kena isi air baja banyak kali.

Sila tonton video dibawah dengan jelas cara pasang set Fertigasi mini

Kredit Video: Absagro

Gambar: Ihsan drp Internet Bab five Aplikasi Teknologi

Kredit: Ahmad Saif

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DIY,FERTIGASI,TIPS