Pokok cili bara atau cili padi merupakan antara tanaman yang mudah ditanam dan cepat berbuah, lebih kurang three bulan dah ada hasilnya, cili padi antara cili paling pedas dan digemari oleh semua lapisan masyarakat di dunia.
Biasanya sebelum pokok cili di tanam sama ada melalui kaedah fertigasi atau pun terus tanam di tanah, benih cili disemai terlebih dahulu di tapak semaian atau tray semaian sebelum di pindahkan ke polybag atau tanah.
Artikel ini dikongsikan olehFahmie Abu Bakar melalui laman sosial.
Cara-cara Penanaman CILI PADI BARA.
Fasa Semaian
Semaian dalam tray 104 lubang menggunakan peatmoss yang mengandungi bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain.
Anda digalakkan menggunakan peatmoss jenama Holland kerana berbanding yang lain lebih cepat kering.
Tempoh 0-7 hari : Siraman air setiap hari 3x. Medium peatmoss dalam tray perlu sentiasa lembab, bukan basah. Cahaya 0%, apabila mula bercambah didedahkan kepada 30% cahaya matahari.
Tempoh 8-21 hari : Siraman air 2x, Siraman Baja AB zero.5ec 1x pagi. Medium perlu sentiasa basah (bukan air bertakung) dan cahaya matahari 50%.
Tempoh 22-28 hari : Pendedahan cahaya 70-100%. Anak pokok ada 6 helai daun, bersedia untuk di pindahkan ke polybag.
Jika ketinggian semaian lebih 10 inci, anda dianggap sudah pakar atau expert dalam hal menyemai.
InsyaAllah perkongsian seterusnya Fasa Vegetatif, nantikan artikel akan datang.
Semoga membantu.
Selamat mencuba! Jangan lupa like net page Pertanian Satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi pointers pertanian.