Ada pembaca bertanya, boleh tak buat racun serangga menggunakan air rendaman tembakau? Katanya, bapanya pernah menggunakan ramuan tersebut di masa dahulu.
Ini jawapan saya. Ya boleh, air tembakau adalah racun serangga yang amat kuat yang mampu membunuh hampir semua jenis serangga perosak tanaman.
Walaupun racun tersebut boleh dikira sebagai racun organik, ia amat berbahaya. Sekiranya anda gunakan juga racun serangga yang dibuat daripada air tembakau, sayur atau buah yang disembur hanya selamat dimakan sekurang-kurangnya 2 bulan selepas disembur.
Kalau tidak silap ada negara yang mengharamkan penggunaan racun serangga yang dibuat daripada air tembakau.
Jadi seeloknya jangan gunakan racun serangga daripada air tembakau melebihi dos yang sepatutnya.
Berikut adalah cara membuat racun serangga daripada air tembakau.
Bahan-bahan:
250 Gram tembakau jawa
five liter air
Cara Penyediaan
Rebus air sehingga mendidih, masukkan tembakau ke dalam air panas, rendam tembakau selama 1 hari kemudian tapis.
Cara Penggunaan
Masukkan 200ml air tembakau ke dalam tong penyembur 20 liter air dan sembur pada tanaman yang diserang serangga perosak.
Selamat mencuba! Jangan lupa share jika artikel ini bermanfaat.