Cara Pemangkasan Pokok Durian yang Betul Supaya Berbuah Banyak Dan Lebih Produktif

Durian merupakan tanaman yang semakin mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara kerana keunikan rasanya yang sangat sedap dan digemari seluruh lapisan masyarakat.

Di Malaysia, pokok durian antara tanaman yang banyak ditanam kerana nilainya yang tinggi di pasaran berbanding dengan tanaman lain. Ramai yang dah menjadi jutawan dengan menjual durian.

Artikel pagi ini saya kongsikan cara pemangkasan pokok durian yang betul supaya berbuah banyak dan pokok lebih produktif serta berkualiti.

Pemangkasan pokok durian adalah salah satu perkara yang perlu diutamakan selepas penanaman selain penjagaan dan pembajaan bagi memastikan pokok dapat memberikan pulangan yang lumayan.

Pemangkasan pokok durian perlu dilakukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar.

Kerja-kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang. Pemangkasan pokok matang biasanya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang berpenyakit, tidak produktif dan dahan-dahan yang patah atau layu disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.

Jenis-jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan, pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mengurangkan penggunaan racun kimia.

Antara tujuan pemangkasan ni ialah membentuk dan mengawal pembentukan pokok,membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.

Antara ciri-ciri pokok durian yang baik dan berkualiti termasuklah:

1. Mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant) iaitu mempunyai dua batang utama atau lebih yang saling bersaing untuk mendapatkan makanan dan tidak mempunyai batang utama, berbilang atau banyak batang, yang dikenali sebagai more than one leaders. Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang.

2. Dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian.

Three. Mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian.

4. Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Lihat contoh dibawah. Dahan mendatar dan kemas, tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Kulat boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya.

Dahan air perlulah dipotong supaya dahan mendapat nutrien yang cukup dan membentuk dahan yang kuat dan gemuk.

Image: forestrypedia.com
Image Badan Litbang Pertanian
Pokok durian yang dicantas seeloknya berbentuk piramid, lihat gambar diatas

Jarak pangkasan dahan durian yang sesuai dari tanah ialah 3 hingga 4 meter, dahan yang tumbuh dibawah 3 meter hendaklah dipotong bagi mengelakkan penyakit mudah berjangkit dari tanah.

Selain itu teknik meletakkan pemberat pada dahan durian juga perlu dilakukan supaya dahan mendatar dan tidak menegak keatas, tujuaanya ialah supaya dahan boleh berbuah dengan banyak.

Image Apai Broders
Image Google
Pokok yang mempunyai dahan yang seimbang dan baik (pic diatas)

Elakkan pokok yang tumbuh mempunyai banyak cabang (co-dominant), buang batang yang lain, tinggalkan satu pokok sahaja

Image Mytanam-ilhamnurani.Blogspot.Com

Tonton video dibawah sebagai rujukan, kredit video Well Dyak, photo oleh Google, Facebook, Youtube

Sekian dulu artikel ringkas saya pada pagi ini, mohon tambah diruangan komen jika ada maklumat yang tertinggal. Terima kasih.

Semoga bermanfaat kepada semua pembaca weblog PSP, jangan lupa like dan percent artikel ini supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya.

Pls observe facebook saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi guidelines pertanian.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DURIAN,TIPS