Ada ka yang pernah cuba cara ni?
Penyakit Gastrik disebabkan ketidakseimbangan pepsin dan asid pada usus kita. Biasanya pesakit akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika mengalami penyakit ini.
Ada banyak jenis ubat yang dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, perencat Pam Proton (PPI) dan sebagainya.
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika sakit gastrik, jangan risau, anda cuba amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk atau mengunyah bunga cengkih.
Bunga cengkih dipercayai mampu membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Caranya ialah dengan menggigit sebiji bunga cengkih, dan biarkan beberapa minit dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi kelegaan.
Selamat mencuba!