Musim Melawas Pada Tanaman Kelapa
Musim melawas adalah merujuk kepada tanaman akan mengeluarkan hasil yang kurang atau tidak berhasil langsung. Pada tanaman kelapa keadaan yang biasa berlaku adalah penurunan penghasilan buah.
Penurunan hasilan buah sebenarnya berkait dengan posting saya yang sebelum ini tentang keguguran putik dan buah.
Musim melawas biasanya dalam tempoh 2 hingga three bulan kerana ia dipengaruhi oleh faktor cuaca manakala penurunan hasil lebih dari tempoh itu adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain.
Hasil kajian mendapati hasil buah kelapa menurun bukan sahaja ketika cuaca panas sahaja malah juga ketika waktu pokok menerima kadar hujan yang tinggi. Keadaan ini bergantung kepada cuaca setempat dan kaedah pengurusan kebun atau ladang tersebut. Ada sesetengah pengusaha yang mungkin tidak mengalami keadaan ini kerana tiada perbezaan keadaan cuaca yg ketara sepanjang tahun.
Selain daripada tindak balas normal fisiologi pokok terhadap cuaca dan keadaan sekeliling, cuaca juga memberi kesan-kesan berikut:
1.Bagi keadaan yang ekstrem seperti kemarau yang teruk, lapisan peluruhan akan terbentuk pada pokok yang mana akan menggugurkan keseluruhan buah.
2.Keadaan cuaca yang panas ekstrem juga akan menyebabkan kegagalan persenyawaan buah akibat debunga gagal bercambah seterusnya bunga betina tidak akan berkembang menjadi buah. (rujuk gambar three)
3.Keadaan hujan dan lembab berterusan akan mengurangkan aktiviti serangga yang sepatutnya membantu pendebungaan kelapa.
Four.Hujan lebat juga menyebabkan lebih banyak larut resap berlaku dalam tanah menyebabkan pokok mengalami kekurangan unsur tertentu terutama unsur mikro yang membantu pembentukan buah.
Keadaan-keadaan ini biasanya tidak akan berlarutan dan bersifat sementara kerana pengaruh keadaan cuaca semasa yang berubah. Jika penurunan hasil buah menurun dalam jangka masa yang lama, boleh merujuk kepada Jabatan Pertanian untuk bantuan.
Sekian artikel petang ini, semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP yer...
Kredit: Hisham Rahim, Pegawai Pertanian Malaysia