Pokok koko atau nama sintifiknya Theobroma cacao adalah sejenis tumbuhan malar hijau dari keluarga Sterculiaceae, dipercayai berasal dari Lembah Amazon, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan kawasan lain di Selatan Tropika.
Penanaman koko di Malaysia bermula pada tahun 1920 dan mula di komersialkan sekitar tahun 1950. Tanaman koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki atau three hundred meter dari paras laut dan memerlukan cuaca yang lembab dan hujan berkala serta tanah yang subur.
Permintaan terhadap koko dan produk brasaskan koko di dunia mengalami peningkatan setiap tahun berikutan beberapa penemuan secara saintifik yang terbukti manfaat yang diperoleh daripada penggunaan koko, perubahan citsrasa, peningkatan populasi dan pendapatan masyarakat Malaysia.
Situasi ini membuka peluang pasaran yang luas kepada negara-negara pengeluar utama koko dunia. Peluang pasaran yang sangat luas ini wajar di rebut semula oleh rakyat Malaysia dengan mengembalikan kedudukan sebagai negara pengeluar utama koko dunia.
Kedudukan Malaysia sebagai negara pengisar terbesar koko di Asia sepatutnya mendorong Malaysia untuk mengeluarkan biji koko sendiri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada negara pengeluar lain iaitu Indonesia walaupun komoditi ini diancam harga yang tidak menentu, namun pergantungan terhadap bekalan import perlu dielakkan dalam iangka masa yang panjang.
Selama lebih 20 tahun Malaysia mengalami delima dalam pengeluaran koko akibat daripada kejatuhan harga yang mendorong peralihan pekebun untuk mengusahakan tanaman lain seperti durian dan sebagainya. Sepanjang tempoh tersebut Malavsia muncul sebagai negara pengisar koko terbesar.
Dengan potensi tersebut, satu tindakan perlu dilakukan oleh pihak berkaitan untuk memikirkan masa depan tanaman koko dan berusaha untuk memastikan tanaman ini terus kekal di usahakan di Malaysia.
Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Sumber: Lembaga Koko Malaysia