Ubi manis atau sweet potato merupakan tanaman yang senang ditanam dan digemari semua lapisan masyarakat di dunia, rasanya yang sedap dan sesuai di makan begitu sahaja mahupun dibuat bubur manis.
Ramai yang mula menanam ubi manis secara komersial untuk dijadikan keropok ubi dan pelbagai lagi produk lain. Ubi manis kaya dengan vitamin B6, vitamin C, vitamin D, besi dan sumber magnesium.
Biasanya ubi manis ditanam terus di tanah dan mudah tumbuh, hasilnya boleh dituai seawal 6 bulan. Harga sekilo ubi manis di pasaran tidak menentu, jika stok kurang, harganya lebih mahal dari biasa.
Teknologi moden banyak membantu petani meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kerugian. Sebagai contoh, petani ini menanam ubi manis gantung menerusi kaedah fertigasi. Namun tidak dipastikan dimana lokasi ladang ini.
Tidak sangka pula ubi manis ni boleh ditanam tanpa menggunakan tanah, pelik tapi benar kan... mungkin lepas ni korang boleh cuba tanam begini. Cara ni lebih kurang sama dengan menanam cili, terung, timun dans sebagainya melalui kaedah fertigasi. Kredit pic Herbs.openthinklab
Semoga bermanfaat dan membuka minda anda untuk memulakan sesuatu yang baru dan tidak pernah dicuba di tempat kita.
Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien