Petua Petani Dari Thailand Nak Pokok Kelapa Cepat Berbuah, Tabur Kulit Jagung Kelilingnya

Kelapa merupakan sejenis tanaman yang mudah tumbuh dan penjagaannya tidak terlalu cerewet berbanding tanaman lain seperti durian. Anggaran masa berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan dan baja yang teratur.

Biasanya pembajaan pokok kelapa dilakukan sekali dalam three bulan selepas ditanam atau 3-4 kali dalam setahun dengan menggunakan baja subur organik atau baja kimia supaya pokok cepat membesar dan tumbuh dengan subur.

Pokok kelapa yang saya tanam menggunakan baja subur organik NPK 15:15:15 yang saya beli di kedai pertanian, bisanya sekilo harganya dalam three-five ringgit atau 1 guni dalam 40kg berharga RM70-one hundred. Jika korang tahu buat baja sendiri bolehlah jimat duit beli baja subur untuk tanaman.

Contohnya korang boleh buat baja kompos sendiri dari sisa makanan. Korang boleh baca artikel saya di sini Cara Buat Baja Kompos Organik

Menerusi posting Sara Saad di laman sosial, dia berkongsi petua dari petani di Thailand, bagaimana nak bagi pokok kelapa cepat membesar dan berbuah dengan menggunakan kulit dari jagung. Caranya tabur di keliling pokok kelapa yang berumur 3 tahun.

Kulit jagung mengandungi K yang tinggi sehingga 65%. Untuk pengetahuan, maksud NPK ialah:

N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun, P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar dan K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga.

"Nak bagi pokok kelapa cepat berbuah, tabur kulit jagung kelilingnya - petua dari orang Thailand.

Kulit jagung mengandungi K tinggi sehingga 50-65 %.

K setinggi 20% yg ditabur semasa durian berputik, mampu membuat buah durian besar dan manis, bayangkan sekiranya K 50-65 % dari kulit jagung, boleh buat untuk pokok2 buah yg lain. Something yg perlu difikirkan.

Sekian artikel saya malam ini, semoga bermanfaat untuk semua, lepas ni korang jangan buang kulit jagung ye, cuba tabur pada pokok kelapa yang belum berbuah dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba! jangan lupa like page Pertanian satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
BAJA BUAH,BAJA ORGANIK,KELAPA,PETUA,TIPS