Tak Perlu Guna Racun Lagi! Begini Cara Buat Perangkap Lalat Buah Yang Menyerang Tanaman Anda. Mudah Dan Jimat!

Jangan sangka buah mangga nampak cantik pada kulitnya, belum tentu dalamnya bagus. Antara masalah utama yang dihadapi petani apabila musim menuai hasil tanaman ialah seranggan serangga perosak sebelum buah menjadi masak.

Antara jenis-jenis haiwan dan serangga yang sering menganggu tanaman ialah monyet, tupai, babi hutan, tikus, semut, anai-anai, serangga, lalat buah dan banyak lagi. Memang frust sangat bila buah-buahan yang bakal kita tuai dimakan ulat atau haiwan perosak sebelum kita sempat merasanya.

Ada banyak cara atau kaedah untuk mengatasi masalah ini seperti membungkus buah, menyembur racun serangga dan buat perangkap. Kaedah menyembur racun serangga kimia pada buah-buahan boleh menyebabkan keracunan dan mengakibatkan pelbagai penyakit pada manusia.

Jika anda utamakan keselematan pada tanaman anda tanpa sebarang racun kimia, anda boleh cuba kaedah yang akan saya kongsikan di bawah ini. Bahan-bahannya ialah botol meneral terbuang, sebatang besi, gunting, pisau, Playar, kapas, stapler dan Petrogenol atau Methyl Eugenol iaitu sejenis hormon untuk memikat lalat buah masuk kedalam botol supaya terperangkap. Anda boleh beli di kedai pertanian atau secara online. Harganya sekitar RM15 sebotol. Anda boleh beli melalui link ini.

Antara kaedah paling mudah mengatasi masalah buah berulat atau rosak sebelum masak ialah membungkus buah dengan plastik lutsinar (gambar atas)

Inilah hasilnya selepas beberapa minggu, Lalat buah terperangkap dalam botol

Antara alat-alat yang diperlukan... Stapler, playar, pisau

Potong dua botol meneral seperti dalam gambar diatas

Masukkan sebatang besi pada bahagian bawah botol, ditengah2 ye, seperti gambar diatas

Selepas masukkan besi, bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang akan di campurkan dengan hormom pemikat lalat

Petrogenol atau Methyl Eugenol di sapu pada kapas dan dimasukkan kedalam bekas plastik botol air yang dibuat lubang disekelilingnya. Lalat Buah Jantan akan menghidu bau horomon tersebut dalam jarak beberapa jauh (tidak berapa pasti jarak kekuatan feromon ini) bergantung kepada angin dan keadaan pokok disekeliling. Serangga ini akan masuk kedalam botol tetapi agak sukar untuk keluar kerana bau yang sangat kuat dalam plastik sehingga ianya mati. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu di sapu semula.

Tonton video dibawah dengan lebih jelas

Selamat mencuba! Jangan lupa kongsikan artikel ini pada kawan-kawan anda,

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DIY,PERANGKAP LALAT