Teknik Buat Cantuman Mata Tunas Durian Agar Berbuah Cepat Dan Rendah. Tinggalkan sedikit kulit pokok penanti sebagai penyepit mata tunas sebelum diikat.

Ramai yang bertanya pada saya berapa tahun durian akan berbuah selepas di tanam, biasanya durian kawin berbuah lebih kurang four hingga 5 tahun dengan penjagaan dan baja yang teratur, berbanding dengan durian yang di tanam dari biji , akan berbuah lambat iaitu sekitar 7-8 tahun.

Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk Rahsia Pokok Durian Kerdil Berbuah Seawal 2 Tahun Melalui Kaedah Cangkuk Susu.

Untuk data, ada beberapa kaedah atau cara mencantum durian agar berbuah rendah dan cepat. Antaranya cantuman baji, cantuman selit, cangkuk susu dan cantuman dewasa. Artikel kali ini saya akan kongsikan teknik membuat cantuman durian melalui kaedah mata tunas.

CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN

Mula-mula sediakan pokok penanti yang sihat dan sekurang-kurangnya berusia 1 tahun, batangnya lebih kurang batang pen.

Kupas kulit pada batang durian lebih kurang5 inci dari paras tanah polybag. Kupas menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Lihat contoh torehan yang kemas di bawah. Pastikan tidak memegang pada bahagian yang dikupas untuk mengelak jangkitan kuman.

.

Sediakan mata tunas durian yang belum pecah mataya, lihat contoh dibawah, ia seperti mata ketam yang belum kembang tunasnya.

Ini contoh mata tunas yang sudah di buka, jangan pegang pada bahagian kulit dalam mata tunas. Selepas di keluarkan dari batang, pastikan terus buat cantuman, jika kerlalu lama tunas akan menjadi kering dan tidak menjadi.

Pita pelekat atau Parafilem boleh dibeli melalui online seperti Lazada dan sebagainya atau boleh beli di nursery jual buah-buahan.

Gunting pita pelekat menjadi dua untuk mengikat mata tunas.

Cara betul letak mata tunas durian pada batang pokok penanti

Buat ikatan bermula dari bawah ke atas, pastikan tiada ruang untuk air masuk kedalam kerana ia boleh menjejaskan cantuman

Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm.

Jika ada tunas durian yang tumbuh diatas atau mana-mana bahagian, harus di buka atau di potong supaya cantuman mata tunas melekat dan tumbuh.

Sekian dulu artikel ringkas malam ini. Semoga bermanfaat. Jangan lupa like net web page PSP dan follow Donny Ien.

Selamat mencuba!

Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
DURIAN,TIPS