Bunuh dan simpan mayat amah dalam peti sejuk, suami isteri ke tali gantung


Pasangan terbabit menjadi subjek utama interpol selepas keluarga mangsa melaporkan kehilanganya sejak setahun lalu.
KUWAIT: Mahkamah jenayah Kuwait pada Ahad menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Lubnan dan isterinya warga Syria selepas didapati bersalah menggantung untuk membunuh pembantu rumah warga Filipina.

Februari lalu, mayat Joanna Demafelis, 29 tahun, ditemui di dalam peti sejuk di unit apartmen terbengkalai pasangan tersebut dan terdapat tanda-tanda penyeksaan pada mangsa.

Pasangan terbabit menjadi subjek utama Interpol selepas keluarga mangsa melaporkan kehilangannya sejak setahun lalu.

Pasangan itu ditahan ketika berada di Damsyik.

Lelaki warga Lubnan itu mengaku membunuh pembantu rumahnya setahun lalu dan meletakkan mayatnya dalam peti sejuk.

Tarikh pelaksanaan hukuman terbabit bagaimanapun tidak dinyatakan.

Susulan kejadian itu, hubungan Kuwait dan Filipina sedikit terjejas dengan Manila mengarahkan tenaga kerjanya untuk meninggalkan negara itu dan menghentikan semua permohonan untuk bekerja di Kuwait oleh warganya.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia