'Orang minyak' buat onar, pukau dan cabul gadis sunti

























KUBANG KERIAN: Penduduk di beberapa buah kampung di sini gempar dengan dakwaan kemunculan 'orang minyak' yang mengganggu ketenteraman sejak sebulan lalu.

Menurut seorang penduduk di Kampung Demit, Mohamed Affandi Muhamed, 34 tahun, gangguan 'orang minyak' itu sampai ke kemuncaknya hari ini apabila ia dipercayai cuba mencabul seorang gadis berusia 17 tahun.

Katanya, lembaga hitam itu didakwa memasuki rumah gadis itu sekitar jam 9 pagi tadi sebelum mengikat gadis berkenaan dan cuba untuk mencabulnya.

Mangsa dikatakan seolah-olah terpukau dan tidak menyedari kehadiran makhluk berkenaan.

Menurut Affandi, penduduk menyedari kehadiran 'orang minyak' itu selepas ternampak kesan minyak hitam di jendela dan pintu.


Namun apabila penduduk cuba menangkapnya, 'orang minyak' berkenaan tiba-tiba ghaib.

Jelasnya, gangguan 'orang minyak' ini bukan hanya berlaku pada waktu malam, bahkan juga di siang hari.

Selain melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa, penduduk kini melakukan rondaan secara bergilir-gilir serta melakukan solat hajat dan bacaan Yasin.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia