5 Soalan Yang Seorang Anak Patut Tanya Kat Mak Ayah Korang..Sebaklah Pulak!

KINI TRENDING
Korang perasan tak, kadang-kadang kita ni selalu sibuk dengan diri sendiri sampaikan kita terlepas pandang benda-benda penting seperti kurang berkomunikasi dengan orang tua kita.
Bila dah jarang komunikasi, hubungan pun mulalah jadi renggang. Mak ayah kita mungkin nampak macam cool dan tak kecil hati, tapi, dalam hati diorang kita tak tahu kan.
Sebagai anak, apa kata sesekali, korang luangkan masa dan borak heart to heart dengan mak ayah korang. Tak tahu nak tanya apa? Haa.meh kami bagi idea..

Mak ayah sihat?

Ayat ni simple je, tapi memang besar impak dia kat mak ayah kita. Anak-anak semua bekerja jauh dari diorang, so, memang diorang harapkan untuk kita call dan tanya khabar diorang selalu.
Tapi, kadang-kadang kita ni busy sangat kerja sampai lupa nak call diorang untuk bertanya khabar. Lagi sedih, diorang pulak yang call kita dulu.
Korang tau tak, mak bapak kita ni bukan nak apa pun, diorang cuma nak anak-anak semua ingat kat diorang je dan bila tahu anak dia okay kat tempat orang, diorang lega dah!

Mak ayah sayang saya tak?

Pernah tak korang rasa mak ayah korang macam tak sayang korang. Semua korang buat semua tak kena. Admin pernah. Mak ayah admin garang, tegas dan selalu akan tegur kalau admin buat silap. Kadang-kadang rasa diorang ni tak sayang kita ke?
Tapi, bila dah besar ni, baru tahu sebenarnya apa yang diorang buat tu bersebab. Diorang lagi tahu baik buruk benda yang kita nak buat tu.
Ayat ni mungkin paling susah kita nak tanya, tapi cuba sekali sekala korang tanya mak ayah korang. Mesti korang terharu!

Saya pernah sakitkan hati mak/ayah tak?

Siapa yang tak pernah kena marah dengan mak ayah kan? Sebaik-baik mana pun kita mesti pernah buat silap.
Tapi, macam mana marah pun mak ayah kita, mesti diorang akan maafkan dan terima kekurangan kita. Pernah tak korang fikir sama ada mak ayah korang pernah terasa hati dengan korang?
Yelah, bila korang tanya, sekurang-kurangnya korang tahu dan boleh perbaiki kesalahan korang. Parents korang pun happy!

Bangga tak dengan saya?

Siapa dulu masa kecik-kecik mak ayah dia garang gila tapi korang pulak nakal dan selalu buat banyak masalah? Memang merasalah kena rotan! Mak ayah kita ni nampak je macam tegas, tapi sebenarnya kalau pasal anak-anak memang cair.
Tapi bila korang dah besar, dah belajar tinggi-tinggi dan kerja bagus, pernah tak korang rasa nak tanya mak ayah korang yang diorang bangga tak dengan pencapaian korang sekarang?
Yelah, mak ayah mana yang tak bangga dengan anak sendiri kan..

Apa yang mak/ayah harapkan dari saya?

Setiap ibu bapa mesti ada angan-angan diorang sendiri. Contohnya, masa kecik dulu ayah korang nak sangat jadi doktor, tapi cita-cita tu tak kesampaian. Jadi, koranglah harapan diorang untuk capai cita-cita tu walaupun itu bukan minat sebenar korang.
Setengah orang akan rasa macam diorang ni pushy dan tak adil, tapi mak ayah kita ni tahu apa yang terbaik untuk kita. Alaa..tak rugi pun buat mak ayah kita happy kan?

Selagi mak ayah masih ada..

Siapa yang masih ada lagi mak ayah tu, korang janganlah lepaskan peluang untuk selalu bercakap, bermanja dan buat mak ayah korang bahagia.
Sebab bila diorang dah takde, tak guna untuk kita menyesal sebab mak ayah kita ni semakin lama, semakin tua dan masa nilah korang nak cipta momen dan kenangan manis dengan diorang.
Yelah, sebab macam mana berjaya pun kita, mak ayah tetap menjadi sebahagian daripada kejayaan kita tu.

Siapa yang potong bawang ni..

Macam iklan terbaru dari PETRONAS sempena Deepavali ni. Lepas tengok video ni, mesti korang dapat relate yang walaupun si ayah tak setuju dengan perbuatan anaknya, tapi sebagai ayah, dia tetap sokong dan bangga dengan kejayaan anak dia.
Tengoklah..tapi jangan lupa stand by tisu ye. Happy Deepavali!

Sumber : Oh Bulan
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Berita Unik,Viral Trending Malaysia