‘Saya Tak Ada Niat Pun Curi Motor Tapi…’ – Yamaha R6 ‘Lesap’ Rupanya…

KINI TRENDING
Kes kecurian membabitkan motor dan kereta kerap kali dibaca dan dilaporkan di media. Mangsa kecurian kebiasaannya memuatnaik harta yang hilang di laman sosial sebagai ikhtiar sekiranya ada netizen ternampak barang curian di mana-mana.
Namun, lain pula jadinya terjadi kepada seorang lelaki apabila motor berkuasa tingginya yang dicuri darinya rupanya..

Tinggal nota pada cermin kereta

Pemilik motosikal Yamaha R6, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil menerima permohonan maaf daripada suspek yang memecah keretanya dan kemudiannya bertindak melarikan motosikal berkenaan dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Damansara.
Saya nak minta maaf sebab dah curi moto abang. Saya tak ada niat nak curi, tapi saya nak ambil pengalaman naik moto besar. Saya betul-betul minta maaf.
Nota berkenaan ditinggalkan di tingkap kereta Ford Fiesta mangsa yang juga dipecah suspek sama. Khairul Anuar pada mulanya beranggapan ada pihak yang mahu mempermainkannya ketika menemui nota berkenaan.
Nota itu diselitkan di cermin kereta saya yang pecah dan di bahagian belakang nota tertulis motosikal saya berada di kawasan letak motosikal di kawasan kondominium Empire Damansara.
Mulanya, saya ingat ada orang mahu mempermainkan saya, tapi bila pergi ke lokasi itu pagi tadi, memang ada motosikal saya di situ dan terus memaklumkan kepada polis.

Syak jumpa kunci dalam kereta

Tidak hanya motosikal, Khairul Anuar juga turut kehilangan cermin mata dan SmartTag yang diletakkan di dalam keretanya.Ujarnya, dia mengesyaki penjenayah berkenaan menemukan kunci pendua motosikalnya di dalam kereta dan mengambil keputusan melarikannya.
Selain hilang motosikal, kereta saya turut dipecah suspek sama yang melarikan beberapa barang berharga seperti cermin mata dan pengimbas SmartTag. Saya syak suspek jumpa kunci pendua motosikal di dalam kereta dan ambil kesempatan melarikannya.
Menurut Mohd Khairul, bagaimanapun dia bersyukur apabila dapat menemui semula motosikal kesayangannya itu.
Saya sayang motosikal ini dan membelinya disebabkan minat motosikal berkuasa tinggi sejak kecil lagi.
Artikel Selanjutnya Artikel Sebelumnya
Belum Ada Komentar :
Tambahkan Komentar
Comment url
Post Terkait :
Viral Trending Malaysia